Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Wednesday, December 21, 2011

Terima Kasih Allah

Doaku dalam sujudku
walau sering ku abaikan
dalam leka dunia, leka hayalan
agar ALLAH tetap bersamaku

Dalam sukar atau senang
dalam riuh kota atau sepi desa
agar aku tahu jalan pulang bertemu Tuhanku
agar aku tetap mahu dan ingin kembali mencari..

ALLAH..
ALLAH..
ALLAH....

kerana dengan adanya ALLAH..

aku akan
tetap tersenyum..
tetap bertahan..
tetap mampu bangun dan terus berlari..

walau saat itu, tiada apa pun yang berada disisi,
atau yang aku miliki..
walau saat itu, tiada seorang pun yang menyayangi..
atau yang aku sayangi..

cukuplah hanya dengan ALLAH..
aku bahagia.. aku tenang..

'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'


"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati,
teguhkan hati kami di atas agama-Mu‬ ."   



tenang kembali,
ismirusila..
21 12 11



Sunday, December 18, 2011

Sugar



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Jika benar ini yang tertulis sejak azali, InsyAllah akan bertemu dalam rahmatNya. Semoga dipermudahkan segalanya dah dirahmati sehingga menuju ke Jannah, InsyaAllah. Kami berserah padaMu Ya Muhaimin. Ameenn, Ameenn Ya Rabbal Alamin... Doakan kami.. ^_^



Wednesday, October 26, 2011

Undangan Demi Undangan


Banyak betul undangan perkahwinan kali ni.
Beribu-ribu lemon. ^_^ Kalau kira, memang bayaaakkk sungguh sahabat2 yang sudah bertukar status.
Alhamdulillah..sampai jodoh mereka. Moga mereka kekal bahagia hingga ke Jannah, InsyaAllah. :)


Syukran Jazilan atas setiap undangan. Hanya doa yang dapat sahabatmu ini kirimkan. Moga dipermudahkan segala urusan, insyaAllah. Afwan afwan afwan buat sahabat-sahabat.. " Maaf, kerana tidak dapat memenuhi undangan kalian. " Tak terjangkau kaki untuk melihat kalian. (Sayu pulak tibe2, huhu. "Jangan nangis Ila..")


Tak kurang juga meriahnya bagi yang sudah bergelar ibu serta ayah, "mabrouk la teflik el jdeed.."  Tahniah buat kalian. Saya tumpang gembira. Comel baby kalian.. Allah, indahnya pemberianMu.. SubhanaAllah..




Buat diri, Tabahlah.. Allah tahu yang terbaik buatmu.
I'm trying to be strong.
IsmiRusila.




Thursday, October 20, 2011

Take me away


Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur.(HUD:9)

Wednesday, October 19, 2011

ALLAH tidak pernah mengecewakan

Tapi mahkluk selalu mengecewakan.

Salahkah aku berharap agar aku tetap sendiri begini selamanya?
Salahkah aku Ya Tuhan?
Salahkah aku bila aku senang dan terbiasa sendiri?
Tanpa perlu aku rasakan setiap rasa yang tertinggal.

Aku damai dalam mencintaiMu
Aku damai dalam perhatianMu
Aku damai dalam pengharapan padaMu

TAPI

Aku juga mahkluk
Mahkluk yang tidak pernah sempurna
Seraya mahkluk yang juga mengecewakan

Dalam mencintaiMu terkadang aku tetap lupa
Tetap mengabaikanMu sebagai pemilik cinta Teragungku
Aku tewas dengan nafsu
Aku tewas Ya Tuhanku

Kerap kali aku mempermainkan cintaku padaMu
Sedang Kau walau sekali, walau sesaat tidak pernah mengabaikanku
tidak pernah Kau melupakanku
Mahkluk jenis apa aku ini Tuhan?
Mahkluk jenis apa????

Aku kecewa dengan dunia
Aku kecewa dengan mahkluk
kecewa dengan diriku
KECEWA

ismirusila

Sunday, October 16, 2011

aku tak nak kahwin

"Kau belum kahwin, kau tak tahu rasanya. Nanti kau dah kahwin, baru kau tahu." Terang ku pada Hadi, adik sulongku. Menyampaikan padanya betapa sukar dan beratnya tanggungjawab untuk menjadi seorang suami serta ayah buat isteri dan anak-anak.

" Aku tak nak kahwin. Aku nak jaga mak ayah." balasnya. Aku tahu, dia amat kecewa. Mungkin dia tidak bermaksud begitu, tetapi perasaannya yang membuatkan dia berkata sedemikian.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Allah..., berikan sinar hidayahMu buat adik-adikku. Kuatkan mereka dengan iman. Ameenn, Ameenn Ya Rabbal Alameenn. Tabahlah adik-adikku. Semua ini hanya ujian yang kecil buat kita.

-----------------------------------------------------
Benar, pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan. Sebuah erti kehidupan yang sebenar. Pengalaman yang menjadikan siapa kita, kini. Tidak ada pengalaman lalu, tidak ada kita yang sekarang ini. Kadang pengalaman itu tidak berlaku pada kita, tetapi pada insan lain untuk kita jadikan pengajaran dalam hidup kita. Semuanya bertujuan untuk mengajar kita agar menjadi lebih dewasa dan tidak mudah berputus asa. Tabahlah! Tabahlah!

ismirusila

Saturday, October 15, 2011

Jodohmu ada di Tahajjudmu


Saya baca di facebook rata-rata duk bincang pasal jodoh. Kadang-kadang saya muak. Tapi biasanya mmg saya muak. Tapi takpe, saya tak meluat. Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu? 

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala,

Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil:

1.  Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (30):16-17:

klik tuk besarkan ye 

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:

Imam al-Mubarakfuri berkata: 
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." 
(HR Bukhari)


Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

14 Dzulka'edah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
 ^_______^

Friday, October 14, 2011

Hati-hati Berpurdah, Jangan Menyorok Tapi Terdedah




Lewat beberapa minggu sebelum ini, kecoh dengan isu drama Tahajjud Cinta di tv3. Cukuplah, saya malas mahu mengulas isu yang sama. Saya yakin, masing-masing sudah boleh membuat kesimpulan sendiri daripada isu tersebut. Hakikat yang perlu diakui adalah, dilema kejahilan dalam masyarakat masih di tahap yang serius dan membimbangkan.

Kerana itu, mengomel dan menunding jari sahaja tidak memadai.
Sebagai contoh, salah satu perkara yang dibantah dalam drama tersebut adalah babak selak purdah. Umumnya, pemakai purdah akan terus dianggap sebagai golongan yang baiknya bukan di tahap biasa-biasa. Baiknya itu di tahap yang luar biasa. Apabila sesuatu yang baiknya luar biasa kita gandingkan dengan adegan jahiliah seumpama berdua-duaan ataupun berpegangan, maka ia akan mencetus suatu kejutan sensitiviti kepada semua orang.
Namun di sebalik semua itu, ternyata bilangan yang sekadar terkejut dan mengomen lebih banyak berkali ganda daripada golongan yang mahu mengajak atau mendidik.
Sunnahnya begitu. Golongan yang sedar akan tanggungjawab untuk mengajak, mendidik dan memberi faham adalah golongan yang sedikit. Jiwa mereka mahukan pencerahan, bukan pergolakan yang berpanjangan. Krisis jahil itu telah sekian lama menjadi barah yang sunyi dari rawatan.

Purdah = Ustazah
Berpurdah atau berniqab, secara mudah akan dilabel sebagai ustazah.
Fikiran sebegini, dianggap betul pada sebahagian orang dan itulah yang mereka pegang zaman berzaman. Orang yang menganggap pernyataan ini betul, adalah orang-orang awam yang menilai segala perkara melalui zahiriah semata-mata. Seorang ustaz mesti pakai kopiah. Siapa yang selalu pakai serban, dia adalah ustaz. Siapa yang selalu pakai tudung labuh, dia adalah ustazah.
Sedang hakikatnya tidak begitu. Ustaz atau ustazah, boleh saja dilabel kepada sesiapa sahaja, apatah lagi jika yang dinilai hanyalah pakaian. Walhal, label itu tidak ada kena mengena dengan soal pakaian secara khusus. Ia berkait rapat dengan soal warak, zuhud, alim dan bijaksana pada seseorang. Semestinya, kemahiran dalam bidang agama adalah teras kepada kelayakan seseorang berada di tempat ustaz atau ustazah. Itu secara hakikat bukan semata-mata persepsi atau gelaran.
Namun perlu diingat. Mahu atau tidak, kita harus terima bahawa dalam masyarakat kita tidak semuanya mempunyai kefahaman agama yang baik. Masih ramai yang jahil dan tak kurang juga yang berlagak tahu – enggan mengaku jahil.
Maka kalau anda ingin memakai purdah atau niqab, sila ambil kira juga kefahaman masyarakat dalam menilai diri anda.

Fenomena Niqobis
Di alam maya ini, lewat aktiviti berfacebook ataupun berblogwalking, secara jujurnya saya melihat semakin ramai wanita yang memakai purdah atau niqab. Tak kurang juga yang menjadikan purdah dan niqab itu sebagai identiti mereka.
Apabila diperhati kepada apa yang dicatat di blog-blog mereka, semuanya cenderung mengajak pembaca kepada nilai ‘ubudiyyah kita kepada Allah. Banyak ayat-ayat tazkirah, firman dan sabda serta tidak kurang juga artikel-artikel agama yang disalin dari pelbagai sumber.
Sekali imbas, saya yakin jiwa mereka sangat lunak dengan agama.
Tetapi suatu keanehan yang paling ketara adalah sebahagian mereka mempunyai tabiat tidak sihat yang sangat bertentangan dengan sunnah berpurdah itu sendiri. Ini mencetus suatu kepelikan yang tidak kunjung sudah di hati saya. Dalam hal ini, saya mempunyai beberapa pendapat :
Pertama : berpurdah itu khilaf antara wajib ataupun sunat. Ada yang menganggap sebagai wajib maka dia mengharamkan wajahnya dari ditatap, dengan meyakini bahawa wajahnya itu juga adalah aurat seumpama rambut dan tangan. Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada Allah. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat.
Kedua : berpurdah itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj ( berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi ) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.
Ketiga : Tujuan memakai purdah bukanlah supaya diri anda tidak dikenali. Ia bukan soal ‘hadang muka’. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda dari menjadi perhatian lelaki ajnabi ataupun menimbulkan fitnah kepada mereka. Atas kesedaran ini anda memakai purdah demi menjaga maruah dan agama anda. Selaras dengan tindakan ini, anda tentunya akan sedaya upaya mengelakkan diri anda dari menjadi tatapan orang ramai, lebih-lebih lagi di alam maya. Adalah sesuatu yang aneh jika anda memakai purdah tetapi mengambil gambar sendiri dalam jarak yang cukup dekat kemudian diletakkan di facebook ataupun blog dengan saiz yang begitu besar!

JAHIL
Itulah namanya simptom dari kejahilan. Jahil dari awal-awal mengorak langkah lagi, iaitu untuk apa anda memakai purdah? Ini kerana yang membezakan antara dua wanita yang memakai purdah adalah iman dan kefahamanmereka. Sedangkan kain sehelai itu bukankah neraca penentu taqwa ataupun tidak.
Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan ‘mahal’. Ada yang memakai purdah kerana mahu menyorok kelemahan tertentu. Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan lebih cantik atau mahu bergaya. Ada yang obses dengan trend dan fesyen. Ada yang obses dengan watak dalam filem atau drama ‘cinta Islamik’. Dan ada juga yang benar-benar memakai purdah kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Nah. Sekarang anda di posisi yang mana?

‘Niqobis’ Alam Maya
Secara zahirnya, ada tiga kepelikan ketara yang sering saya lihat pada niqobis yang aktif di alam maya :
1- Bergambar.
Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja. Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam. Anda sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah anda fikir jelingan mata anda itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?
2- Tabarruj
Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik. Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa?
3- Mendedahkan aurat
Sudah banyak dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika anda mahu ikut kefahaman sendiri, anda boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika anda mahu ikut Islam, anda wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung ke bahagian dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah anda diiktiraf sebagai menutup aurat. Yang akan mengiktiraf itu adalah Allah, bukannya manusia. Tetapi saya lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula. Ini pelik.
Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.
Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan, saya fikir, sesiapa yang mahu memakai purdah, perlulah berhati-hati. Kenapa?
Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitu.
Kedua : Di akhirat kelak, anda akan ditanya oleh Allah atas apa yang anda pakai di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana anda gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana Allah. Itu cari penyakit namanya.
Justeru, sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan anda pun jika anda benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah anda dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.
Fikir-fikirkanlah.

Sekian.
Myilham.com

10 Surah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Semoga dapat menjadi amalan kita semua.. :)





By: Cik Cahaya

Thursday, October 13, 2011

Aku

Aku tak mengharap pada
yang bakal mengkhitbah ku kelak
itu ustaz, kerana aku bukan ustazah.

Aku tak mengharap pada
yang baik-baik saja,
kerana aku tahu siapa aku.

Aku tak mengharap pada
yang kaya, kerana aku
tidak memiliki apa-apa pun.

Aku tak mengharapkan apa-apapun pada mahkluk.

Aku hanya si penderhaka.

ismirusila

Tak Faham Dan Tak Mengerti

Aku tak faham
Aku juga tak mengerti
Mengapa muslimah gemar memuji-muji pada gambar ajnabi
Tak malukah? Hilangkah perasaan malu?
Aku yang membaca saja sudah malu
Walau ia sekadar kata pujian yang "dianggap biasa".

"Alhamdulillah, hensemnya."  "Cute dan solehnya"  "Ada nur di wajah, MasyaAllah.."
Ya, itu kata-kata dari Muslimah.. Yang sepatutnya ada rasa malu untuk berkata-kata sebegitu rupa.
Ya, mungkin itu juga perkara biasa bagimu. Atau sudah terbiasa sebenarnya.
Ingat, kata-kata itu boleh mengundang fitnah. pada pemberi juga penerimanya.

Janganlah berlebihan pada pujian, cukup kau simpan untuk dirimu bukan untuk bacaan umum.
Jika benar kau mengagumi ciptaan Allah pada mahkluk, cukup kau panjatkan rasa kagum itu pada yang layak. Bukan dengan pujian yang kadang-kala mampu menimbulkan rasa riak atau saja ingin menjadi perhatian.

p/s: Pelik. Pada gambar ajnabi hanya penuh dengan pujian dari muslimah-muslimah. 
Amat pelik lagi apabila nama-nama muslimahnya cukup indah. cukup islamik. kadang-kadang cukup sempurna hijabnya. 

Allah..  Allah..   Aku malu...!!

ismirusila

Wednesday, October 12, 2011

My Dear Rabbits

Pagi tu, snowie terbaring.. tak macam selalu, melompat-lompat nak keluar dari rumah "dia". Pelik. Matanya terkebil-kebil, badannya menggeletar. Mungkin menahan sakit. Sedih tengok dia macam tu. Ayah pegang snowie, sambil menyuapkan air sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya. Sayu.. Pagi tu jugak aku tak dapat tahan air mata ni dari keluar mencurah-curah. Diam.. semua tak cakap apa-apa. Tak berani tegur. Tahu aku marah, sebab biarkan snowie lapar. Mungkin itu sebabnya dia mati. Rupanya itulah kali terakhir aku melihat snowie. 

Snowie dalam kenangan.. =(
Tinggal Si Hitam ni seekor. Kesian, dah takde kawan.Yang ni memang sangat aktif. Pantang bawa keluar. Berlari sakan. Makin besar badannya sekarang. Yela, makan sorang. Semua asek dok melayan dia. Gemok! ^_^
Baby Rabbit.. yang ni baru datang dalam family kitorang hari ini. Sangat kecik & comel!
Ape mau kasi name pun tak tahu lagi. Tapi, tak boleh letak sekali dengan Si Hitam tu, abes diterkamnya. Haish! Malam ni, baby rabbit bubu @ tido dalam rumah dengan kami dulu.. akan difikirkan macam mana nak selesaikan masalah mereka ni nanti.. Hmmm.. macam-macam.. 

Oklah, masa untuk si tukang cerita pulak bubu. Adios Amigos. Assalamualaikum.... =)

ismirusila

Tuesday, September 27, 2011

Apa adanya aku

Jika engkau bertanya padaku
Sepedih apa hidupku
Cukup kau tatap mata ini
Dan kau rasakan...


Ku ikhlaskan apa adanya aku
Tanpa harus aku mengeluh
Kerna ku yakin Tuhan lebih tahu
Ini terbaik untukku


Tak perlu lagi ada air mata
Hidupku belum habis semua
Kerna ku yakin Tuhan masih ada
Dan akan selalu ada


Aku malu padamu yang tahu kekuranganku
Tapi aku lebih malu
Bila Tuhan tahu
Ku tak terima hidupku






Sunday, September 25, 2011

Hidup Bukan Untuk Menghukum



Manusia tak pernah lekang dari menjadi hakim.Setiap saat kite menjadi hakim – menilai perangai dan tingkah laku manusia lain.tak kisah la kite mengumpat ke,mengata dalam hati,cakap depan depan,atau terlintas dalam fikiran sekalipun,tapi sikap ‘menghukum’ pasti ada dalam diri kita


Dulu aku pon macam tu.never listen to others,sekarang pon,cume kurang sikit lah kot.Seronok menghukum orang ni,orang buat macam macam semua salah.kite kritik kuat kuat,konon tunjuk kite sedar,kite bagus,kite anti keburukan la kononnya.tambahan pula kalau kritikan kite tu orang puji kan kan ? i experienced that,betul..tambah dengan emosi dalam percakapan/penulisan,memang sangat mantap kritikan anda tersebut.
Tapi sedar tak bahawa kite ni manusia,langsung tidak layak untuk menilai perwatakan seseorang ? ramai orang bile tengok maksiat dilakukan,terus mengumpat,cakap si polan ini jahat,bla bla bla.berapa ramai dari kite yang bile tengok sesuatu keburukan,kite cegah dalam hati,dan cube untuk menasihat ?
Ramai mendakwa mereka bukan mengumpat atau mengkritik,cume menyindir supaya si pelaku sedar.memang,dakwah itu banyak caranya,dakwah pun ada seninya.tapi bukan sindiran/kritikan yang menjadi keutamaan dalam berdakwah
Bayangkan bagaimana Rasullullah tetap berlembut dalam dakwahnya even di baling batu,di hina.kite ? sibuk untuk sindir,kritik,dan meletakkan hukum atas kesalahan orang lain
Ramai orang sudah lupa apa itu husnuzon -bersangka baik :)

like woot now ! 

http://iniwootwoot.com/

GURU YANG MENAFIKAN WUJUDNYA TUHAN



Telah diriwayatkan suatu kisah lucu yang dikatakan belaku di sebuah sekolah di mana seorang guru berdiri di hadapan para pelajar lalu bertanya kepada meraka: “Adakah awak semua boleh melihat saya?” Para pelajar menjawab, “Ya!” Lalu guru tersebut berkata: “Ini bererti saya wujud.”

Dia bertanya lagi kepda para pelajar: “Adakah kamu melihat papan hitam?” Para pelajar menjawab: “Ya!” Dia berkata: Maka papan hitam itu wujud.” Dia meneruskan pertanyaan lagi sambil berkata: “Adakah kamu melihat meja?” Para pelajar menjawab: “Ya!” Dia berkata, “Bermakna meja itu wujud.”

Dia bertanya lagi: “Adakah kamu melihat Allah?” Para pelajar menjawab: “Tidak!” Maka dia berkata, “Ini bererti Allah itu tidak wujud!”

Lantas seorang pelajar yang agak cerdik bangun dan bertanya kepada rakan-rakannya: “adakah kamu melihat akal cikgu?” Para pelajar menjawab: “Tidak!” Dan pelajar tersebut berkata: “Ini bererti akal cikgu tidak wujud.”
(Dinukil dari kitab Allah oleh Syeikh said Hawwa)

Wednesday, August 17, 2011

Apa khabar Jodohku?


Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari ? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak.. Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu… Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar..

Jodohku..
Sungguh! tidak ku tahu ketentuan dan rahsia Allah..
juga tidak terbayang susuk yang akan mengkhitbah ku kelak,
kuserahkan pada Allah utk menemukan kita,
InsyaAllah.. Aminnn...

AkuIslam.com
-sumber telah di edit sedikit, terutama ranggkap akhir- ;p

Tuesday, August 9, 2011

datang ketika duka

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihMu
dalam tahajjud.. cinta bersujud..





petang Ramadhan @country heights kajang

subhanaAllah cantik..
nature's hidden treasure..Mushrooms~




Friday, August 5, 2011

Jadilah Seorang Lelaki yg...

jadilah lelaki yang..

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.


Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.


Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

akuislam.com

Apakah Cinta dalam ISLAM ???


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari Tuhan.

http://amirhk.wordpress.com/2007/02/27/kasih-cinta-dalam-islam/

                heee.. comelkan pooh ni??  =)

Wednesday, August 3, 2011

Kekal Misteri

Cinta adalah misteri dalam hidupku
Yang tak akan pernah ku tahu akhirnya..
Namun tak seperti Cintaku padaMU

Ku ingin selamanya mencintaiMU..



Tuesday, August 2, 2011

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك



يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك


'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'

Artinya: Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati,
             teguhkan hati kami di atas agama-Mu‬ .

Sunday, July 31, 2011

sungguh! aku rindu...

Labbaikallahumma labbaik, Labbaikala sharikala kalabbaik, Innalhamda wanni'mata laka walmulk, La sharikalak..

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu.
Tangisan Rinduku kian berlagu.. menghitung detik masa, menghitung waktu yang berlalu, sayu mengenangkan nasib diri. apakah mungkin sempat aku ke sana.. menghambakan sepenuh jiwa raga buatMU tercinta.. apakah mungkin aku kesana Allah.. sungguh, aku rindu! Mungkin hanya layak untuk memasang impian setinggi langit & bermimpi menjejakkan kaki ku.. 
Allah..
sungguh, aku tenang dalam mencintaiMU..
 
 

Saturday, July 30, 2011

Beratnya Ya Allah.. T_T



Ya Rabb ku..
Terasa amat berat Ya Allah..
Aku terasa amat lemah sekali Ya Allah..

Beratnya ujianMu Allah..
Allah.. Allah.. Allah.. Allah....
Aku menyeru padaMu Ya Tuhanku..

Ringankan bebanan ini Ya Allah..
beri aku kekutan Allah.. utk menghadapi dugaan & ujian duniaMu..
Aku tahu bukan mudah meraih syurgaMu Allah..

kuatkan aku dgn IMAN sehingga hujung nafasku Allah..

Allah.. Allah Hu Akbar...