Friday, January 22, 2016

Bandung dan Jakarta, Indonesia - Part 2


Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi di hotel, kami meneruskan perjalanan yang panjang dari Bandung ke Jakarta menaiki bas Pariwisata.



Di tengah kotaraya Jakarta

Sesampainya di bandaraya Jakarta, kami ke Taman Mini Indonesia Indah. 



Taman mini indonesia indah ini menempatkan budaya masyarakat Indonesia yang berbilang suku dan kaum.

Ia merangkami keseluruhan adat budaya 33 daerah di Indonesia yang berkeluasan 1.5 kilometer persegi atau 150 hektar. Seharian disana pun belum tentu cukup masa utk menerokai kesemua kawasannya. 

Kita boleh lihat keunikan rumah-rumah masyarakat suku kaum Jawa, Sumatera, Sulawesi, Kalimantan, Nusa Tenggara, Bali, Maluku dan Papua.


Ini rumah suku kaum orang asli papua


Macam iglu versi musim panas saja kan


Penempatan masyarakat papua


Berteduh bersama ahli rombongan



Kakak-kakak Poto Travel bersama orang asli disana. Ini betul-betul tau. Bukan cobaan. Hehehe.


Ukiran patung-patung yang dihasilkan orang asli papua. 


Muzium orang asli papua. Disini kita boleh lihat cara hidup mereka, budaya, pakaian dan sebangainya. 


Adik Danish di dlm bas Pariwisata


Redha jela bila gambar ini diambil dari dlm bas. Tak cukup masa nak berjalan kesemua tempat. Ini rumah adat Batak karo, Sumatera Utara. 

Setiap suku kaum di daerah Indonesia memiliki reka bentuk rumah yg unik lebih dari satu. Ia berbeza mngikut adat budaya dan kepercayaan masing-masing.


Rumah Toraja, Sulawesi


Keong Mas


Purna Bhakti Pertiwi Muzium


Muzium Indonesia yg bertema Bali


Melihat pokok kayu balak yang sangat besar dan berusia.

Selain itu, taman mini indonesia ini juga terdapat taman tema air Snow Bay dan taman-taman lain spt taman bunga, taman budaya, taman ikan dan lain-lain. 


  Snow Bay Waterpark


Sky Cab


Istana Anak-anak Indonesia


Rujukan Tmii

Rasanya cukuplah bercerita tentang Tmii. Mungkin perlu dtg lg atau melawat sendiri kesini utk rasakan kepuasan berlibur bersama keluarga disini. Hehehe. :) 

Kami beransur dan makan tengahari di restoran tempatan, kemudiannya menyambung kembali perjalanan kami ke Masjid Istiqlal.  Disana kami solat jamak dan kemudiannya berehat-rehat sambil melegakan urat saraf kaki serta berkesempatan melihat keindahan masjid ini. 


Masjid ini dinamakan masjid Istiqlal, dimana di dlm bahasa arab bermaksud kemerdekaan. Ia ditubuhkan bersempena kemerdekaan yang dicapai oleh rakyat Indonesia semasa dibawah kepimpinan Presiden Sokarno. 


Ia juga merupakan masjid terbesar di Jakarta, dan boleh menempatkan jemaah lelaki dan wanita seramai 100 000 orang dalam satu masa. Kedudukan masjid ini juga bersebelahan dgn Tugu Monas. Itulah serba sedikit sejarah tentang masjid ini. 



Seusai solat dan ziarah, kami ke ICT Mangga Dua. Ia merupakan kompleks beli-belah yang menempatkan kedai menjual  pelbagai barangan, makanan dan perhiasan. 


Semuanya ada disini. Harganya jg murah dan berpatutan. Membelilah dgn berhemah. Disini kami cuma membeli sedikit cenderamata utk kawan-kawan dan sedikit barangan utk keperluan peribadi. 

Selepas itu kami ke Tugu Monas. Monumen ini merupakan satu kebanggaan bagi rakyat Indonesia. 


Ia dibina bagi memperingati perjuangan rakyat Indonesia demi utk mencapai kemerdekaan dari Kolonial Belanda. 


Ia berketinggian 132 meter dan puncaknya diukir membentuk api yang sedang marak yang kemudiannya disadur emas. Wau! Disitu sudah cukup menggambarkan semangat mereka ini yang berkobar-kobar dan membara spt api. 

Disebelah malam, terdapat gerai-gerai jualan yang memenuhi perkarangan Tugu Monas ini. Ia menjadi tempat tumpuan pelancong dan orang ramai utk bersantai bersama yang tersayang. 

Ayuh pulang duluan. Esok kita smbung lagi ya. Udah malem. Hihihi. Malam itu kami check in di Amaris Hotel, Thamrin City Jakarta. 




Keesokkan harinya atau lebih tepat hari yang terakhir berada di sini, selepas bersarapan pagi kami semua bebas utk beraktiviti sendiri. 

Jadi kami memilih utk berjalan-jalan saja di Thamrin City Mall. Ada yang memilih utk ke Tanah Abang tdk jauh dari Thamrin. 



 


Tak lama selepas itu, kami terus menuju ke aiport utk pulang ke tanah air Malaysiaku. 


Barisan yg panjang

Beg ahli rombongan yang beranak-pinak. Semua shopping sakan nampaknya. Kalau perasan ada satu kotak panjang sebelah mak ceq tu, haaa tulah tilam baby siap kelambu utk Muhammad. Semangat nak beli masa tu. Hihihi. 


Bersama kakak-kakak Poto Travel menyusun beg kami sekeluarga agar tdk ada yang keciciran.

Apa yg seronok berjalan dgn travel agents adalah kita tak perlu fikir banyak, tak perlu google tempat menarik tertarik, dan hanya ikut shj kemana mereka bawa kita berjalan. 

Ada kelebihan masing-masing samaada memilih travel agents atau berjalan sendiri. Berjalan sendiri pun seronok jg sebenarnya. Kita bebas memilih waktu mana dan ke mana arah tuju kita sndr. Dan tak susah kalu kita dah study awal pasai tempat tu. Bila dah cuba dua-dua barulah kita tau nk buat keputusan selepas-selepas ni. Pendapat masing-masing. 

InsyaAllah, menulis lagi di lain masa. Terima kasih kerana membaca. Maaflah jika terkadang penulisan dah macam esei bahasa melayu, dan terkadang berterabur habuk jg. 

Jumpa lagi! Salam. Daaaa!











































No comments:

Post a Comment