Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Tuesday, January 26, 2016

Colmar Tropicale French Theme Resort


Berjalan-jalan ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang merupakan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Bangunan disini dibina bertemakan Perancis yang dimiliki oleh Berjaya Hills Bhd. Suasana yang sedikit berangin disini rasanya seolah-olah spt berada di luar negara. Hehehe. 

Bayaran masuk ke sini dikenakan di pondok pengawal utama sebelum tiba ke atas. Bayaran utk dewasa sebanyak Rm 12 manakala kanak-kanak Rm 8. Bayaran masuk ini juga merangkumi ke Japanese Village dan Botanical Garden kecuali ke Animal Park yang mengenakan bayaran Rm 3 seorang.


Dihadapan pintu masuk ke Colmar Tropicale. Dibelakang tu ada jambatan yg dibawahnya ada kolam air. Angsa pun ada tau. 


Ini pula dibahagian dalam. Disinilah ditempatkan hotel, restaurant, surau, dan souvenir shop. 


Kami bawa bekal nasi lemak. Yang coklat tu telur pindang. Kata johorean kan. Haha. Beli di Pasar Larkin masa kami bertiga bercuti di Jb, beli sepapan terus utk dibawa balik.

Makan dalam kereta saja sebab masa ni hujan renyai-renyai diluar. Jadi sementara tgg hujan reda, kami makan dulu. 


Nampak tak jam di dinding tu? Cantikkan?


Muhammad dan Danish bergambar bersama patung kuda 





Selepas itu kami ke Japanese Village. Perlu mendaki sedikit utk kesini. Boleh tahan semput masa ni. Haha. Tapi Muhammad semangat nak berjalan sendiri. Dia tak penat langsung! 


Souvenir shop di Japanese Village


Patung-patung gadis jepun berkimono


Pasangan yang berkimono


Rumah Teh kat atas tu utk yang suka nak cuba pakai kimono. Semestinya dikenakan bayaran. Rm 20 selama 30 minit. Masa ni memang ramai sungguh orang. Siap beratur panjang. Nak ambil gambar pun nak kena tunggu giliran. Kira bertuah la kalau tak ada org lain dlm gambar yang kita ambil tu. Hahaha. 


Rumah kedua, depan kolam dan pancuran air ala-ala di Jepun


Ok dah penat berjalan, jomlah kita balik. Animal Park tu kami p sekejap saja. Tu pun tak semua yang turun dari kereta. 

Paking belakang, Colmar Tropicale.




No comments:

Post a Comment