Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Sunday, February 7, 2016

Perlis Indra Kayangan


Sungguhpun Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia, masih terdapat tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Diantaranya adalah Taman Anggur Perlis. 

Pertama kali kesini dulu bersama dgn mak dan ayah yang tiba dari Kuala Lumpur. 


Lokasi seterusnya adalah Padang Besar, yang merupakan syurga bagi kaum hawa yang sememangnya gemar dan arif membeli-belah. Padang Besar merupakan pekan sempadan diantara Perlis, Malaysia dan wilayah Songkla, Thailand. Disini terdapat pasar terbuka yg menjual pelbagai barangan antara dua buah negara. 

Golongan suri rumah biasanya akan membeli pelbagai jenis periuk-belanga, toto, cadar patchwork, pakaian kanak-kanak, makanan kering dan lain-lain. Manakala golongan muda pula akan memilih jersi dan pakaian sukan.

Begitu juga dgn Wang Kelian, dimana ia merupakan pintu masuk ke Thailand selain di Padang Besar. Disini juga ada banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan dari negara jiran, Thailand. Setiap kali kami kesini pasti tidak akan lupa utk membeli ikan bilis bermata biru yang harganya jauh lebih murah.


Perjalanan menuju ke Padang Besar


Padang Besar


Bahagian pakaian kanak-kanak di Padang Besar


Ini pula di Wang Kelian


Deretan gerai-gerai yang dibuka di sepanjang jalan di Wang Kelian, sempadan Malaysia Thailand. 


Jika ke Padang Besar, bolehla singgah juga ke Ostrich Farm untuk melihat burung unta dgn lebih dekat lg. Disini kanak-kanak pasti seronok apabila diberikan peluang utk memberi makan kepada burung-burung unta ini. 


Juga jgn lupa utk singgah ke Timah Tasoh Lake yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan yang telah ditenggelamkan utk membentuk sebuah empangan. Empangan ini turut menenggelamkan kawasan perumahan, masjid, sekolah dan juga kawasan perkuburan. Ia dinamakan Timah Tasoh kerana pertembungan diantara dua sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh.

Ia menjanjikan pemandangan sebuah tasik empangan yang cantik berlatar belakangkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan. Kepada yang ingin bermalam disini, bolehlah menginap di Tasoh Lake Resort and Retreat yang turut menawarkan pelbagai aktiviti seperti memancing, berakit, berkayak dan lain-lain. 





Selain itu, bagi mereka yang inginkan pengalaman baru, bolehla berjalan-jalan ke Gua Kelam di kaki bukit Perlis. Tapi harus bersedia mental dan fizikal kerana bau ammonianya memang sangat-sangat kuat dan terasa menusuk-nusuk hingga ke lubang hidung. Hihi!




Di Gua Kelam ini juga terdapat satu taman rahsia yang dipanggil Secret Garden Gua Kelam. 


Itu sahaja untuk entry kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca. Salam cinta!

^_^




No comments:

Post a Comment