Aku datang untuk pergi...

Aku datang untuk pergi...

Tuesday, February 16, 2016

Short Vacay : Ipoh City, Kuala Kangsar & Taiping - Part 2


Dari Ipoh, kami ke Kuala Kangsar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit menuju ke utara Ipoh. Di Kuala Kangsar, kami singgah makan cendol sebelum ke Muzium Diraja Perak, Istana Kenangan. 

Istana ini memang sangat cantik. Senibinanya menampakkan ciri-ciri melayu tradisional yang unik. Binaan dindingnya dari tepas manakala bumbungkan dari kayu papan jenis berlian serta corak bunga-bunga pada dinding tepasnya menampilkan corak-corak melayu tradisional.





Selepas itu, kami ke Masjid Diraja iaitu Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. 

Kubah masjid ini mempamirkan kilauan warna kuning keemasan yang begitu mengagumkan. Keindahan masjid ini sukar digambarkan dgn kata-kata. Mungkin kerana warna kubahnya yang tampak keemasan itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa indahnya masjid ini. 




Perjalanan kami diteruskan pula ke Bandar Taiping yang membawa maksud aman atau "keamanan yang abadi" di dalam bahasa cina. 

Dahulunya kawasan ini merupakan kawasan perlombongan biji timah yang menjadi perebutan diantara dua puak kongsi gelap pendatang cina di Larut dan menjadikan Taiping sebagai nama bandar di daerah Larut. 

Dan disinilah kami, di Taman Tasik Taiping . . .














Menginap di Seri Warisan Taiping . . .




Di Taiping juga terdapat menara jam yang pertama dibina di Malaysia. Menara ini dahulunya dikatakan sebuah balai bomba. Kedudukannya betul-betul di tepi jalan di tengah Bandar Taiping. Cuba la google ye. Hehehe.






Nak makan cendol yang famous di Taiping ni bolehlah ke Restoren Ansari Famous Cendol. Cendol ni dah tiga keturunan turun temurun tau. Pasembur pun ada. Memang sedap! Rugi kalau tak cuba bila dah sampai ke sini. 

Kedainya memang nampak lama. Tapi percayalah didalamnya memang bersih dan teratur. Tak perlu tunggu lama pun walaupun waktu ramai orang. 




Haa tu dia. Cendol kacang yang power. Memang terasa lemak santannya yang segar. Pekena pula dengan pasemboq tu sepinggan kan, memang kenyang betul. Gu la kata orang. Syukur alhamdulillah. Terbaik! Saya bagi 5 bintang. Hihihi.

Dah sampai ke Taiping, jangan lupa untuk naik ke Maxwell Hill Bukit Larut, tak jauh dah dari Taman Tasik Taiping. 





Itu saja untuk entry kali ini. Percutian bersama keluarga tersayang walau kemana saja tetap seronok kan.  ^_^

Terima kasih pembaca-pembaca. 
Salam Cinta!
SALAM . . .



























No comments:

Post a Comment